HPV WARTS (HUMAN PAPILLOMAVIRUS)
HPV Warts,atau ketuat HPV,adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV).Berikut adalah penerangan lanjut mengenai ketuat HPV :
APAKAH HPV ?
HPV adalah sejenis virus yang terdiri daripada lebih 180 jenis, dan sebahagian daripadanya boleh menyebabkan ketuat pada kulit atau membran mukus. HPV boleh menjangkiti kawasan seperti tangan,kaki dan alat kelamin .
BAGAIMANA KETUAT HPV TERSEBAR?
HPV boleh tersebar melalui sentuhan kulit dengan kulit atau melalui permukaan yang tercemar dengan virus.Bagi ketuat alat kelamin, kebiasaanya akan tersebar melalui hubungan seksual.
Jenis-jenis Ketuat HPV :
- Ketuat Biasa (Common Warts):
-Selalunya muncul pada tangan dan jari.
-Berbentuk kasar dan berbiji-biji.
- Ketuat Tapak Kaki (Plantar Warts):
-Muncul pada tapak kaki.
-Mempunyai tekstur yang keras dan boleh menyebabkan kesakitan semasa berjalan.
- Ketuat Alat Kelamin (Genital Warts):
-Muncul di kawasan alat kelamin.
– Boleh menyebabkan kegatalan, rasa tidak selesa, atau sakit.

Jenis rawatan untuk Ketuat HPV :
- Rawatan Topikal: Krim atau gel yang mengandungi bahan seperti asid salisilik.
- Cryotherapy: Pembekuan ketuat menggunakan nitrogen cecair.
- Pembedahan Minor: Mengeluarkan ketuat melalui kaedah pembedahan menggunakan teknologi RadioFrequency

Vaksinasi juga tersedia untuk melindungi daripada jenis HPV yang menyebabkan kebanyakan ketuat alat kelamin dan juga kanser serviks.

Sekiranya anda mempunyai ketuat yang tidak hilang atau semakin teruk, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

